[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah terlibat dalam Bengkel Semakan semula Modul Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah (USEC) anjuran Kementerian Pelancongan Keseniaan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Association of Tourism Training Institute of Malaysia (ATTIM). Bengkel ini berlangsung selama tiga hari bermula 25 Oktober hingga 27 Oktober 2021 di Premiera Hotel Kuala Lumpur.
KPBKL telah diwakili oleh Puan Rokiah Yunus, Pendaftar, Cik Kausar Ismat Anunu, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FPKI) dan Encik Kamarul Azhar Bin Abd Rahman, Pengarah Pusat Pengurusan Bakat & Pembangunan Profesional KPBKL.
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) merupakan penyedia Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah (Umrah Specialized Enhancement Course – USEC) semenjak tahun 2016 yang mana lebih kurang 500 agensi pengendali umrah telah menyertai kursus ini. Kursus ini merupakan kerjasama strategik antara KPBKL – MOTAC (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan) untuk kawal selia industri umrah melalui latihan dan pelesenan agensi pengendali umrah.