AMANAH RAYA Serah Cek Tajaan Pelajar RM234,000

AMANAH RAYA Serah Cek Tajaan Pelajar RM234,000

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 12 Disember 2020 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur hari ini telah menerima serahan cek bernilai RM234,000 daripada Amanah Raya Berhad bagi tajaan Anugerah Biasiswa Luqmanul Hakim. Seramai 18 orang pelajar KPBKL bakal menerima biasiswa ini yang terdiri daripada 5 orang pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS) dan 13 orang pelajar Diploma Perakaunan (DIA) program usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM.

Penyerahan cek ini telah disampaikan oleh Encik Khairuddin bin Harun, Pegawai Eksekutif / Setiausaha Yayasan Amanah Raya kepada wakil KPBKL iaitu Encik Mohd Amzari Bin Aziz, Pengurus Bahagian Pembangunan Pelajar KPBKL dan Cik Sarah Hanim Rustam Affandy, Eksekutif Pusat Kecemerlangan Pelajar di Bangunan Amanah Raya.

Sebelum ini, Amanah Raya Berhad juga telah menaja lima orang pelajar KPBKL daripada program Diploma Matematik Kewangan (DMK) seramai 3 orang manakala 2 orang pelajar bagi program Diploma Pengajian Muamalat.

Terima kasih diucapkan kepada Amanah Raya Berhad di atas penajaan kepada pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf ini. Semoga dengan penajaan ini dapat memberi sinar baru buat mereka untuk terus berjaya dan menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan.

Lain-Lain Berita