Majlis Minum Petang Bersama Alumni KPBKL
26 Julai 2024 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah menganjurkan Majlis Minum Petang Bersama Alumni bertempat di Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur. Majlis dihadiri lebih daripada 30 orang alumni. Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengerusi KPBKL iaitu Tuan Haji Zuri Zabuddin, dengan turut diserikan oleh kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low Abdullah. Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan kembali hubungan silaturahim antara alumni, tetapi juga menjadi titik tolak kepada program-program seumpamanya yang akan dilaksanakan dari masa ke semasa bersama pihak KPBKL.