0 Comment
Latihan Asas Pengurusan Penyembelihan Halal: Mendedahkan Pelajar Kepada Kemahiran Dan Pengalaman Berharga.
26 Julai 2024 – Program Latihan Asas Pengurusan Penyembelihan Halal telah dianjurkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dengan penglibatan pelajar semester 6 kursus Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH). Penceramah dari industri berkenaan telah dijemput ke sesi ini iaitu:-
- Ustaz Mohd Jabal bin Abdul Rahim, Ketua Halal βCentre of Excellenceβ di Serunai COE Sdn Bhd., berpengalaman dalam industri sembelihan halal, berkongsi ilmu mendalam mengenai penyembelihan mengikut syarak dan Pensijilan Halal Malaysia.
- En Chairill bin Abdul Gahani, Penyelia Halal dan Penyembelih Halal di Sanda Shokuniku Kosha Co., Ltd, pusat penyembelihan dan pengeluar daging lembu Kobe halal di Kobe, Hyogo Jepun. Beliau yang sedang mengikuti Kursus Profesional Eksekutif Halal di KPBKL, berkongsi pengalaman dan tip berharga kepada para pelajar mengenai peluang pekerjaan dalam industri sembelihan halal di luar negara.
Program diteruskan dengan sesi praktikal penyembelihan ayam yang dibimbing oleh Ustaz Jabal bersama empat fasilitator. Menariknya, tiga daripada fasilitator tersebut merupakan Alumni DPIH KPBKL yang kini berkhidmat di Serunai COE Sdn Bhd.