Halal Academic Tour – πππππ ππππππ ππππππ (π) πππ.
07 Ogos 2024 – Para pelajar Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) KPBKL telah mengambil bahagian dalam satu lawatan sambil belajar yang menarik ke Mamee Double Decker (M) Bhd, Ayer Keroh, Melaka. Lawatan ini sebagai sebahagian daripada subjek Standard Halal Malaysia. Sepanjang lawatan ini, para pelajar berpeluang menyaksikan proses pembuatan produk Mamee serta mengikuti sesi taklimat yang bermanfaat daripada pihak industri. Selain itu, lawatan diteruskan ke Mamee Jonker House untuk aktiviti santai seperti Noodle Doodle yang menyeronokkan. Terima kasih kepada pihak Mamee Double Decker (M) Bhd atas kesudian menerima kunjungan kami dan berkongsi ilmu yang berharga. Semoga pengalaman ini memberikan inspirasi dan pengetahuan yang berguna kepada para pelajar dalam memahami industri makanan halal.