Bicara Integriti Siri 1/2024
09 Ogos 2024 – Unit Integriti KPBKL telah menganjurkan program tahunan Bicara Integriti Siri 1/2024 yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan mengukuhkan pembudayaan integriti dalam kalangan warga kerja. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, YBhg Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, barisan Pengurusan Tertinggi KPBKL, serta 120 pegawai dan kakitangan kolej. YBhg. Dr Haji Mohd Hafiz Bin Hj Fauzi, Ketua Pengurusan Syariah di Export-Import Bank of Malaysia Berhad, telah dijemput sebagai penceramah khas. Dengan pengalaman luas dalam bidang Pengurusan, Undang-undang, dan Perbankan, beliau berkongsi pengetahuan yang mendalam melalui ceramah bertajuk “Manusia Muflis Akhirat.” Beliau juga dikenali sebagai penceramah di pelbagai stesen radio dan TV seperti TV3, TV9, TV Al Hijrah, dan RTM.