Pendaftaran Kursus LCCIIQ kemasukan MEI 2014

 

TARIKH PENDAFTARAN: 19 MEI 2014

PROGRAM: The London Chamber of Commerce and Industry International Qualifications [LCCI-IQ]

 

Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi, kami mengalu-alukan anda untuk menjadi sebahagian daripada warga Institut Profesional Baitulmal [IPB]. Justeru itu, bagi memberi ruang kepada calon-calon yang berminat,  sesi pendaftaran pelajar baru, Program: The London Chamber of Commerce and Industry International Qualifications [LCCI-IQ] yang seterusnya akan di jalankan pada 19 Mei 2014. Jangan lepaskan peluang anda! untuk mendaftar pada tarikh yang dinyatakan bagi mengikuti pengajian dalam bidang Perakaunan dan Perniagaan. Disamping mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar yang bertauliah, kelayakan LCCI ini juga turut diiktiraf di peringkat global serta mempunyai pasaran yang meluas dalam sektor pekerjaan. Oleh itu, calon-calon yang terlepas untuk mendaftar pada Sesi Kemasukan April 2014, adalah dipelawa untuk mendaftar pada Sesi Kemasukan Mei 2014. Sebarang pertanyaan berkenaan IPB dan permohonan bagi calon yang berminat boleh terus menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian 03-92814054 [Unit Promosi] / Facebook: Official Institut Profesional Baitulmal. Calon-calon juga boleh membuat permohonan secara dalam talian pada bahagian yang dinyatakan di laman web Institut Profesional Baitulmal.

ATAU

  Calon-calon boleh membuat serahan Borang Permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen yang diperlukan, ke alamat sepertimana yang dinyatakan berikut:-   UNIT KEMASUKAN DAN REKOD INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL LOT 1363 JLN PERKASA, OFF JLN KG PANDAN 55100 KUALA LUMPUR  

“Menggilap Potensi Mencapai Inspirasi”

About the Author