Akademi Latihan Korporat Kolej Profesional Baitulmal (ALKKPB) telah ditubuhkan pada bulan Julai 2018. Ia ditubuhkan untuk menjadi sebuah pusat latihan yang dapat menyediakan dan menganjurkan program-program latihan profesional secara formal untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan modal insan. Program-program latihan akan dijalankan oleh pelatih-pelatih in-house KPB yang terlatih dan juga dijalankan oleh pelatih-pelatih daripada agensi pemberi latihan yang berdaftar dengan PSMB.

ALKKPB bertanggungjawab menyediakan modul-modul latihan, menganjurkan program-program latihan untuk keperluan staf dalaman KPB dan juga untuk syarikat- syarikat luar. Untuk memastikan kualiti perkhidmatan latihan di bawah ALKKPB terjaga, kami mendapatkan maklumbalas daripada peserta-peserta program yang terlibat.

Halatuju ALKKPBKL

  • Menyediakan program latihan kepada staff dalaman (akademik dan bukan akademik) KPB.
  • Menganjurkan program latihan mengikut keperluan spesifik jabatan/unit dalaman KPB.
  • Menganjurkan program latihan TTEC (Travel and tours Enhancement course) untuk pihak agensi pelancongan dengan kerjasama MOTAC dan ATTIM.

TTEC (Travel And Tours Enhancement Course)

Institut Professional Baitulmal melalui Akademi Latihan Korporat Kpb (ALKKPB) telah dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Association of Training Institutes of Malaysia. (ATTIM) bagi mengendalikan Travel and Tours Enhancement Course (TTEC).

Muat Turun Borang TTEC
Last updated: December 26, 2018 at 11:43 am

Hubungi Kami

AKADEMI LATIHAN KORPORAT
Kolej Professional Baitulmal Kuala Lumpur (Institut Profesional Baitulmal),
Tingkat 3,
Lot 1363 Jalan Perkasa, Maluri 55100 Kuala Lumpur
Tel: +603- 9281 4054 samb. 2312 (Puan Zaiton Othman)
Email: alkipb@kpbkl.edu.my
Website: www.kpbkl.edu.my